Sudah cukupkah diri ini
Untuk mencintai cinta.
Apakah diri ini
Sudah bersedia untuk berkongsi cinta.
Terfikirkah diri ini.
Memberi cinta tanpa mengharapkan kembali.
Cinta
Terlalu murah nilainya kini.
Sehingga untuk mengucapkan cinta.
Hanya seperti mengucapkan satu kata kosong.
Mahu untuk mendakap cinta.
Tetapi kalau sekadar memberikan bakul cinta yang kosong?
Apa ertinya.
Itulah makna moden istilah cinta.
Untuk sesuatu yang lebih ternilai oleh dunia.
Mampukah sang pencinta.
Mencintai walau setitis cinta.
kini?