Begitu indah kejadian manusia kerana mempunyai perasaan.Kerana dengan perasaanlah kita akan mengekspresikan apa yang terbuku di hati.Rasa gembira,sedih,takut mahupun kecewa.
Tetapi,yang lebih indah ialah apabila manusia ,dengan ciri kendirinya yang unik,menyembunyikan perasaannya itu daripada pengetahuan umum.
Di zaman menjadi anak kecil atau remaja dahulu,bebas untuk kita mengekspressikan perasaan.Lebih-lebih lagi rasa tidak puas hati.Lalu wujudlah istilah protes.Kerana zaman remaja adalah soul searching mengikut pendapat yang lebih arif.Jarang untuk kita ambil peduli akan perasaan orang lain.Pada zaman itu kita cenderung untuk menjadi self-centered.
Dan apabila meningkat usia sedikit,kita mula untuk membenarkan perasaan di dalam diri menjadi semakin kompleks dan rumit.Banyak perasaan-perasaan yang baharu.Misalnya,perasaan sedih tetapi gembira.Perasaan yang terasa ingin menangis tetapi masih mahu tersenyum.Rumit dan memeningkan.Tetapi itulah keindahan perasaan yang kadang-kadang menyebabkan kita terasa adalah lebih baik untuk tidak berperasaan terus.Seperti sudah tidak punya hati.
Tetapi,kurniaan yang terbaik dimiliki oleh manusia ialah pengetahuan.Pengetahuan ialah bahagian teratas dalam hierarki nikmat yang kita ada.Dengan pengetahuan datangnya kuasa.Dengan kuasa,manusia mampu menakluki satu negara,mempengaruhi dan membeli jiwa-jiwa lain yang rapuh pengetahuannya.Pengetahuan memberi kedamaian dan kesejahteraan kepada keamanan sejagat.Pengetahuan memberikan kita panduan untuk menjadi individu yang lebih baik.Tetapi,pengetahuan juga yang menjahanamkan kelompok manusia sendiri.Pengetahuan memecah belahkan negara.Pengetahuan melahirkan idealist yang bercanggahh pendapat.Kerana pengetahuan yang lebih pada seseorang individu akan melahirkan satu perasaan yang begitu ampuh,ego.Kaum lelaki sering kikelaskan sebagai lebih tinggi ego nya daripada kaum wanita.Kenapa?kerana pengetahuan menghasilkan analisis demi analisis yang memberikan kayu ukur kenapa dan mengapa.Akhirnya,pengetahian juga yang akan menyelesaikan perdebatan yang tidak berpenghujung ini.
Manusia yang bepengetahuan tetapi tidak punya perasaan adalah manusia yang pathethic.Kerana pengetahuan harus disertakan dengan perasaan.Kerana pengetahuan yang terbaik disertakan dengan perasaan.Pengetahuan menghasilkan cabang-cabang ilmu yang mempunyai nilai estetika tersendiri.Pengetahuan menghasilkan karyawan-karyawan yang terkenal sepanjang zaman.Leonardo da Vincci,telah mati berabad yang lalu.Tetapi kerana perasaan terhadap pengetahuan yang ada pada manusia yang hebat menyebabkan dia seorang karyawan sepanjang zaman.Seperti dalam Sonnet 18,bait-bait puisi beliau menyatakan bahawa selagi ada manusia yang menuturkan baris-baris sonnet 18,selagi itulah cinta terhadap kesayangannya subur.Begitu hebat sonnet 18 seolah-olah kisah cinta yang immortalised dalam sebuah puisi.
Itu dulu.Senario kini telah berubah.Evolusi dalam berkarya telah menyaksikan lebih banyak platform selain berpuisi untuk menzahirkan perasaan yang tidak terluahkan.Seperti dinyatakan di perenggan atas,ada manusia yang mengekspressikan perasaan nya kepada umum begitu sahaja dan ada yang lebih selesa untuk memendam sahaja perasaan itu jauh di lubuk hati.Tetapi,hebatnya kuasa pengetahuan sehinggakan mampu untuk menzahirkan perasaan dalam bentuk frasa-frasa dan bait-bait yang kemudiannya disertakan bersama sedikit melodi untuk menjadi sebuah lagu.Platform terbaik di zaman ini untuk menyatakaan perasaan yang tidak terluahkan ialah menerusi lagu-lagu.Dan seringkali ekspressi perasaan menerusi lagu-lagu adalah medium yang paling berkesan.Kerana lagu menuturkan bahasa yang terbaik dan terindah untuk menyatakan perasaan.Tidak kiralah perasaan sayang,rindu,benci,menyampah, malahan kepada perasaan yang lebih kompleks seperti rindu yang tidak tertanggung,sayang yang tidak terluahkan,benci tetapi masih sayang,menyampah walaupun hati teringin untuk kembali.Itulah perasaan-perasaan kompleks yang tidak terluahkan tetapi disusun menjadi lagu.Dan lagu juga boleh dikongsi-kongsi sesama manusia.
Apapun bentuk perjuangan sesebuah lagu,nilai estetika nya perlu dikekalkan.Agar lagu itu kekal menjadi siulan selagi manusia masih mampu untuk menyanyi.Penulis lirik adalah orang yang paling kreatif dalam mengolah rasa dan perasaan manusia sehingga yang terdalam untuk menjadi sebuah lagu yang indah untuk didengar.Lagu yang indah bukan sekadar pada melodinya yang asyik.Tetapi juga pada keindahan bait-bait ayat yang menjadi nyawa kepada lagu itu.
In a nutshell,
Hargailah seni.
regardless of what field are you in.
There's always art in every aspect of life.No matter how tiny it is.