entah la

kenapa mesti ada rasa yang jahat dalam diri kita?
walaupun kita tahu bahawa rasa jahat tu tidak elok.
tapi kenapa kita suka untuk buat jahat juga?
entah la.

walaupun kita tahu bahawa kita sudah tidak punya harapan lagi.
atau harapan itu kabur seolah tiada.
kenapa kita masih tetap mengharap?
entaha la.


kenapa kita suka untuk bercakap tentang perkara yang jahat-jahat?
sudah pupus kah buah bicara yang elok dan sedap didengar?
atau kita lebih suka memperdengarkan yang jahat-jahat.
kerana jahat itu sudah sebati dengan jiwa kita.
makanan hati kita kah?
entah la.

kenapa mesti wujud istilah jahat?
atau laha atau ha*****?
sudah pupuskah kata adjektif untuk memberi penghargaan?
entah la.

tepuk dada,tanya selera.
mungkin selera kita tidak sama.
jadi,kita kena faham orang.
lain orang lain cara.

sebab,
kalau nak orang sayang kat kita,
kita kena sayang kat orang dulu.
kalau tak nak orang tak suka kat kita,
kita kena suka orang dulu.

jadi,
kalau orang tidak suka dengan kita,
kalau orang tidak sayang dengan kita,
kalau orang tak mahu kita,
kalau kita selalu kena laha,

tanya diri sendiri...apa Man dah buat?
ehh..apa yang AKU dah buat?

*x ada motif pun sajak ni.
sindrom pukul 3 pagi
.macam ni la.

dot dot