komen komen ku




Kecemerlangan Pendidikan

Bukan sekadar mengejar markah terbaik di dalam kelas,bukan hanya untuk mendapatkan gred terbaik dalam setiap penggal.Tetapi,apabila setiap hari dihujani dengan ilmu-ilmu baru yang tidak putus-putus.Itulah definisi sebenar kecemerlangan dalam pendidikan(Ayleen).Dewasa ini, nilai kecemerlangan adalah diukur dari segi kuantiti semata-mata sedangkan itu bukanlah ukuran sebenar kecemerlangan pendidikan.Kecemerlangan pendidikan bukan hanya merujuk kepada pencapaian semata-mata.Ia juga merangkumi ilmu-ilmu yang tidak diperoleh di dalam kelas. Misalnya, pergaulan sehari-harian,perhubungan dengan orang tua,kesantunan dalam berbicara ataupun adab dalam berbahasa sama ada secara verbal ataupun bukan verbal.Kecemerlangan pendidikan juga dicerminkan bukan sahaja melalui kebolehan berpidato dengan elok.Tetapi,kebolehan berpidato dengan hebat dan menggunakan laras kesantunan bahasa yang sopan serta sedar akan batas-batas tertentu.

Ini yang saya dapat daripada Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu.Bagi saya pemenang tetap peserta Shavira Alaydrus dari Belanda.



Akademi Fantasia

Selesai konsert yang pertama untuk musim ketujuh rancangan realiti TV kegemaran seisi keluarga.Tetapi,rata-rata penonton menunjukkan rasa kurang berpuas hati akan keseluruhan persembahan para pelajar pada musim ini.Pertamanya saya rasa disebabkan oleh mind set penonton yang meletakkan kayu ukur perkataan transformasi itu terlalu tinggi.Pada pendapat saya,transformasi yang diinginkan oleh penonton mungkin sesuatu yang berubah dengan ketara sekali.Contohnya dari segi penampilan.Transformasi didefinisikan apabila para pelajar ini,daripada muka orang kebanyakan terus menjadi seperti superstar.Mungkin.Bagi saya,nilai transformasi itu masih terlalu awal untuk dibangkitkan.Strategi Pengetua pada kali ini saya kira bukanlah hanya mahu mengejar populariti semata-mata.Tetapi mahu menghasilkan pelajar-pelajar yang kenal akan potensi sendiri,mendapat bimbingan sepenuhnya untuk menggilap bakat dan potensi yang ada,serta para pelajar dilengkapi dengan strategi sendiri untuk memastikan mereka menjadi bintang yang bukan sahaja popular tetapi berkualiti.Transformasi yang dikatakan itu mungkin bukan bersifat segera tetapi,perlahan-lahan sedikitk demi sedikit tetpai constantly changing that at the end of this cycle penonton akan cakap "oh,dulu dia lain" or memetik kata-kata Hetty : kamu sudah siap untuk menjadi seorang star.Ini definisi transformasi yang saya faham melalui pemerhatian pada konsert pertama mereka.Sebarang perubahan dari masa ke semasa itu saya tidak boleh jangka.Para peserta pada kali ini memang agak berbeza daripada peserta-peserta AF yang sebelumnya.Apapun misi dan visi transformasi yang cuba Tiara bawakan,sama-sama kita nantikan.





Dragonball : Evolution

Rata-rata penonton tidak berpuas hati dengan filem yang baharu saja ditayangkan ini.Dan setelah melakukan sedikit homework,saya dapati yang tidak berpuas hati ini ialah golongan kipas-susah-mati(die hard fan) Dragonball rupanya.Mana tak angin kerana cerita pengembaraan Goku versi komik yang berjilid-jilih itu dimampatkan dalam tayangan selama satu jam sahaja.Lalu timbullah banyak kontroversi akan filem ini.

Pertamanya,pendukung watak dalam cerita ini.Kenapa cerita dari Jepun tetapi wajah mat salleh?Bagi saya,soal dari timur atau barat bukanlah soal utamanya.Ini kerana naskah Dragonball berbentuk fantasi yang berasaskan imaginasi Akira Toriyama semata-mata.Oleh itu,tidak ada garis di mana Goku perlu lah seorang yang berbangsa Jepun ataupun Caucasian.Apabila ciri-ciri Goku yang di dalam komik berjaya diterjemahkan ke menjadi realiti,itulah Goku yang mendukung watak itu di dalam filem.Lagi pun, imaginasi karakter Goku adalah berbeza-beza pada setiap orang.Goku dalam komik berambut kuning dan spiky.Tetapi,gambaran berambut kunig dan spiky memiliki tafsiran yang berbeza-beza di dalam otak setiap pembacanya.Apatah lagi kalau pembaca itu adalah seorang American.Sudah tentu dia mempunyai bayangan Goku dalam versi American.Yang ada di dalam komik hanyalah gambaran karakter Goku.Untuk membandingkan filem ini dengan Slumdog Millionaire adalah kurang wajar.Kerana Slumdog Millionaire adalah berkaitan dengan realiti kehidupan di India.Di mana watak-wataknya perlulah orang-orang India.Perlukan lokais yang betul iaitu di sekitar India.Kerana itu wajah yang ada di dalam filem itu juga perlualah orang India.

Production house boleh daripada Hollywood tetapi,pendukung kena daripada Jepun atau Asia at least.Kalau begitu,kenapa tidak mereka hasilkan filem Dragonball yang menggunakan bahasa Jepun tetapi mempunyai sari kata Bahasa Inggeris?Persoalan tentang pendukung watak filem ini bukanlah soal utama,tetapi kemampuan mereka membawakan watak ini dan kefasihan berbahasa inggeris.Kenapa pula bahasa Inggeris?Sebab pasaran filem ini adalah bersifat global.Sebab itu Goku adalah Caucasian.Mungkin ada pelakon yang hebat daripada Jepun.Tetapi soal bahasa Inggeris?Kejayaan sebuah filem bukan hanya berdasarkan kutipan box office semata-mata tetapi banyak lagi element-element lain yang perlu diambil kira.

Keduanya,jalan cerita yang lari daripada yang sebenar.Ini memang tidak dinafikan.Tetapi,perlu diingat bahawa filem ini merupakan filem adaptasi daripada naskah asal.Jadi sudah tentu terdapat pengurangan atau penambahan akan dibuat ke atas adaptasi tersebut bersesuaian dengan latar masa sekarang dan audiens yang akan menonton filem ini.

Seterusnya,filem ini dikatakan membosankan kerana tidak berplot.Bukan kerana tidak berplot.Tetapi, kerana plot cerita-cerita aksi sudah tentu akan diketahui plotnya.Hero kalah dulu.Then in the end dia menang.Even non die-hard-fan pun boleh predict.Plot itu ada.Permulaan,pre-klimaks,post-klimaks dan ending.Cuma penonton sudah boleh jangka apa yang akan berlaku.Itu sebab bosan.

The Hollywood Reporter reports that “Fox’s ‘Dragonball Evolution’ premiered in eight Asian markets before its April 8 domestic opening. Director James Wong’s live-action adaptation of the famous Japanese cartoon series created by Akira Toriyama co-stars Justin Chatwin and Chow Yun-fat and drew $10.1 million from 2,110 screens… Following heavy prerelease promotion in the region, it premiered at No. 1 in China, Malaysia, Thailand, Hong Kong and Singapore. The China opening tally, $3.4 million from 855 locales, was Fox’s fourth-highest weekend opening in the market. ‘Dragonball’s’ No. 2 Japan bow produced $3.3 million from 540 screens.” -http://liveactionanime.org


All in all,apabila para penonton filem ini tidak berpuas hati,maka ini menunjukkan yang penonton memiliki daya imaginasi yang tinggi.Personally, this film was worth watching.For those yang tak tengok lagi,tengok dulu then baru boleh komen.It's like revisiting your past memories.
However,lain orang lain pendapat kan.That's a wrap.