Seperti menaiki sebuah tangga,begitulah analogi sebuah kehidupan.Bermula dari awal menaiki tangga,kita begitu bersemangat dan masih mempunyai kudrat yang cukup kuat untuk menaiki tangga kehidupan.Namun,setiap langkah demi langkah yang kita ambil,dalam sedar atau tidak semakin banyak hal-hal dalam hidup yang terpaksa kita korbankan demi sampai ke puncak.Emosi,materialistik,fizikal, dan banyak lagi akan terkorban sepanjang pendakian.
Seringkali kita akan merasa bahawa tangga terlalu tinggi dan kita tidak akan mampu untuk sampai ke puncak.Kita juga akan merasa bahawa kepayahan mendaki hanya kita seorang sahaja yang merasa atau dengan kata lain,tidak ada orang lain yang memahami beban dan kepayan yang kita rasa.Yang lebih dahsyat lagi ialah apabila masyarakat di sekeliling mengatakan yang kita tidak mampu untuk melakukannya.Ketahuilah bahawa tidak ada tangga yang terlalu tinggi untuk tidak dicapai oleh mana-mana orang.Yang menjadi batu penghalang ialah tanggapan kita sendiri.Begitu juga apabila kita merasa bahawa kepayahan yang kita lalui tidak difahami oleh sesiapapun.Di saat beginiliah kita akan tahu kepentingan keluarga dan sahabat-sahabat.Bukan sekadar teman semasa bergembira,tetapi akan menjadi tempat untuk berkongsi pendapat dan kepayahan yang kita alami.Sekurang-kurangnya, mereka akan meringankan beban yang kita pikul.
Tidak dinafikan, perjalanan masih terlalu panjang sehinggakan kita terdetik untuk berhenti dan melepaskan segala usaha dan penat lelah.Begitu juga kita akan rasa usaha-usaha yang kita buat tidak membuahkan hasil.Ini kerana kita terlalu memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang menanti di puncak tangga sehinggakan kita bersedia untuk melakukan apa sahaja cara untuk sampai ke destinasi.Ingatlah kawanku,memang penting untuk menumpukan perhatian terhadap destinasi yang ingin kita tuju.Tetapi,untuk menoleh ke belakang juga tidak kurang pentingnya.Jika kita rasa kita tidak mampu untuk meneruskan perjalanan ke puncak,ataupun apabila tangga-tangga di hadapan terlalu payah untuk dilangkah,renungkanlah kembali setiap anak tangga yang pernah dilalui.Setiap kepayahan dan kesanggupan yang kita terima untuk sampai di titil ini.Dan jangan lupa bahawa kita sendiri yang memulakannya.Bermaksud kita sudah bersedia untuk menggalas satu tanggungjawab.
Apabila kita sudah memiliki impian untuk menawan puncak tangga kehidupan kita sendiri,bermaksud kita sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab ke atas segala bentuk cabaran yang akan menguji diri kita sendiri.Dan,apabila sudah sampai di puncak,jangan pula lupa untuk menoleh ke belakang.Sentiasa beringat dan berwaspada agar lebih rasional menghadapi cabaran di masa akan datang.Bantulah orang lain yang masih terkapai-kapai dan belum tiba di puncak kehidupan mereka.Kongsilah cerita kepayahan dan liku-liku hidup yang terpaksa kita lalui dengan orang lain yang mahu menawan puncak kehidupan mereka kerana kita juga pernah mengalami kepayahan dan kesengsaraan yang mereka alami.Berikan inspirasi dan semangat ikhlas kepada orang lain.Apalah manisnya jika hanya kita seorang sahaja berada di puncak.
p/s: Sorry guys,I don't know what to update about my life.No idea.Hope this will do :)