
Hari pertama dalam bulan Julai.Pertengahan tahun 2009.Baru beberapa hari lepas menyambut tahun baru,tak terasa hari begitu tekun berlalu.tak pernah berhenti walau sehela nafas.Dan setiap hari yang berlalu memberi pengalaman kepada saya.Tidak banyak pun tak apa,memadailah kalau secubit pengalaman untuk bekalan menghadapi hari-hari yang bakal datang.
Ini percubaan pertama saya untuk buat semak semula apa yang telah berlaku di sepanjang bulan Jun.Begitu banyak tawa,sedih,suka dan duka yang diberi oleh bulan Jun.Kadang-kadang sampaikan saya rasa begitu gembira sehingga tidak sedar masa sudah jauh meninggalkan saya.Dan kadang-kadang rasa masa begitu lambat berlalu pergi untuk menghapus segala rasa kurang enak di dalam diri.
Bulan Jun merupakan bulan saya menjadi pelajar tahun akhir.Sepatutnya sekarang saya sudah menjalani latihan industri.Atas kerelaan sendiri saya menawarkan diri untuk menyambung lagi satu semester lebih dari semester lazim pelajar jurusan yang sama.Saya merupakan batch yang paling ramai extend.Dalam sejarah fakulti,kamilah yang paling ramai extend.Sebenarnya,keputusan untuk extend ini ialah atas kerelaan saya sendiri.Tidak kisahlah walau bagaimana pun tanggapan orang,asalkan saya tahu apa yang saya perbuat.Itu sudah memadai.Memang kadang-kadang saya rasa menyesal.Tapi saya perlu sedar bahawa setiap apapun keputusan yang saya buat,betul atau tidak,saya kena tanggung akibatnya.Orang lain berhak memberi pandangan.Tetapi,di akhirnya nanti segala-galanya adalah tentang diri sendiri,jalan mana yang saya pilih untuk diri sendiri.Bukan untuk bersikap individualisme atau tidak menghiraukan pandangan orang lain.Tetapi justifikasi kepada keputusan sendiri adalah tanggungjawab saya sendiri.Saya perlu ingat walau ke mana pun jalan nya,asalkan ia tidak ke arah sesuatu yang buruk,saya akan terus pergi.
Pada bulan Jun juga kami terpaksa mengahdiri kursus yang ditawarkan oleh 3P.Program pertauliahan professional.Saya rasa kursus ini sangat bagus sebab saya boleh berbual terus dengan pakar dalam dunia kejuruteraan perisian ini dengan lebih dekat.Saya akui,bukan mudah untuk saya menanamkan minat kepada bidang ini.Ambil masa yang agak lama juga.Sehinggakan pada tahun kedua saya rasa mahu berhenti kerana tidak mampu untuk berpura-pura minat kepada bidang ini.Tapi,satu hal yang saya belajar daripada pengalaman orang lain ialah,walaupun saya suka atau tidak,jika inilah jalannya untuk saya menuju cita-cita yang saya damba-dambakan,jadi kenapa harus saya berhenti di tengah jalan?Mungkin bagi orang lain jalan menuju apa yang diaharapkan itu mudah.Tapi,mungkin tidak bagi saya.Tidak mengapa,saya akan teruskan juga sehingga jauh mana saya mampu.Soal minat atau tidak bukan untuk dipersoalkan sekarang.Sudah terlambat atau sangat mengecewakan kalau saya berputus asa sekarang.Saya belajar untuk menghargai apa yang saya ada pada ketika ini.Memang masa depan bagi saya kelihatan begitu kabur,tetapi saya percaya kalau saya sudah berusaha keras untuk tidak kecundang,mana mungkin Tuhan akan membiarkan saya merempat.
Pada bulan Jun juga saya akhirnya berpeluang untuk meneroka tempat-tempat di Semenanjung yang belum pernah saya pergi,seorang diri.Memang mencabar,tetapi saya rasa saya perlu keluar dari kepompong keselesaan untuk menguji sejauh mana saya mampu untuk bertahan di kala kesusahan dan kesempitan.Saya belajar bagaimana rasanya orang yang terpaksa menempuh perjalanan berjam-jam dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Banyak gelagat orang yang saya perhatikan.Bermacam-macam cara orang buat untuk mencari sesuap nasi.Sehinggakan ada yang terpaksa berjaga sampai larut malam.Itu pun kalau ada pelanggan,kalau tidak ada,terpaksa mencari alternatif lain untuk memastikan keluarga di rumah tidak akan kelaparan.Ada juga jenis orang yang menggunakan jalan singkat untuk mencari duit.Yang paling saya kasihan ialah tentang pengemis-pengemis di tepi jalan atau di mana-mana.Tidak kiralah usia berapa.Yang saya paling sedih ialah mereka lebih sanggup menggadaikan maruah mengemis daripada mencari pekerjaan.Si menyapu jalan boleh buat saya bangga.Tidak apalah gaji yang tidak seberapa asalkan tidak merayu-rayu meminta ihsan orang untuk diri sendiri.Kalau tidak ada usaha untuk menolong diri sendiri,bagaiaman orang lain mampu untuk menolong kita?Sampai bila mahu begitu?Tidak adakah keinginan untuk merubah hidup walaupun di saat usia menjelang senja.Tidak ada hadnya untuk seseoarang berubah.Yang mengekang cuma keazaman untuk berubah.Dan gelagat manusia dengan pekerjaan mereka yang saya perhatikan dari lorong-lorong yang kotor sehingga ke bilik selesa yang berhawa dingin,daripada duduk di bawah jejantas yang kebasahan sehinggalah duduk di atas kerusi empuk buatan luar negara tidak pernah membuatkan saya rasa jemu untuk menganalisis.Berbekalkan benda sekecil pendidikan,saya percaya ia(pendidikan) mampu untuk mengubah kehidupan seseorang.Kerjaya yang orang-orang di sekeliling menggambarkan kesanggupan mereka untuk bekorban dalam pelajaran.Saya percaya semakin banyak yang kamu sedia untuk korbankan demi pelajaran di dada,semakin elok lah pekerjaan yang kamu dapat,selagi ada usaha.
Dan di saat menunggu bas atau mana-mana kenderaan,saya berfikir bahawa setiap orang yang ada di situ,iaitu yang turut menunggu bersama saya ada cerita di sebaliknya.Boleh saja di kalangan mereka mahu pulang ke universiti,berjumpa dengan anak,pulang ke kampung halaman atau pergi berjumpa dengan sahabat yang baru dikenali di dalam internet.Menarik kan sebab semua orang tengah menyiapkan novel hidup masing-masing.
Saya juga berkesempatan ke Terengganu untuk berjumpa dengan kawan lama dan bertemu dengan kawan baru.Setelah 2 tahun tidak jadi pergi akhirnya tercapai juga impian untuk pergi ke Dungun.Yang paling memeranjatkan ialah dalam banyak-banyak tour debat yang saya ikut,sejujurnya pada kali ini adalh yang paling manis dalam hidup saya.Segala yang dibuat mengikut aturan dan keinginan saya dan kami semua.Begitu juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru dari universiti lain.Pertama kali jumpa,mereka nampak macam orang asing yang tidak pelu ditegur.Tetapi,lama-kelamaan boleh jadi kawan satu kepala pula.Ada chemistry.Tentang berjumpa dengan kawan baru,saya pelajar satu benda.Iaitu terdapat berjuta-juta lagi orang yang lebih lawa,elok,pandai,terer dan semua itu.Memang akan wujud perasaan cemburu atau rasa insecurity terhadap diri sendiri,tetapi,satu hal ialah tetaplah menjadi diri kamu sendir walau dengan siapapun yang berada di hadapan kamu.Saya belajar yang mungkin mereka memiliki kelbeihan yang saya tidak ada,tetapi,saya pun ada kelebihan yang mereka tidak ada.Saya belaja untuk tidak mendiskriminasi diri sendiri bila berada bersama orang yang baru dikenali.Apa yang penting ialah saya jujur mahu berkawan.Sebab kalau ada udang di sebalik batu dalam berkawan,tidak akan ke mana.
Pada bulan Jun juga akhirnya impian saya untuk ke galeri seni tercapai.Ia berlaku tanpa rancangan pun.Tetapi pengalaman yang saya dapat sungguh asyik.Apabila membiarkan rasa terbuai oleh kehebatan lukisan yang ada di sana.Tentang rasa pelukis yang bebas menyalurkan segenap perasaanya dalam setiap lukisan.Dan saya boleh nampak kesungguhan dan passion si pelukis.Dan kami akhirnya berpeluang menikmati setiap penjuru pasar seni yang saya kira betul-betul menggambarkan suasana ke-Malaysiaan.Pasar Seni ialah duta Malaysia yang begitu berkesan dalam menyampaikan mesej harmoni.
Ok.I am almost done with June review.Beginilah saya menghidupkan kehidupan saya sehari-harian.Setiap hari saya akan melihat apa yang berlaku dan menilainya.Bukan untuk keburukan orang lain,tetapi sebagai cara saya menjadi seorang yang lebih baik.Sometimes simple thing in life really mean something to you,when you started to appreciate and open eyes wide to what happen around.Menjadi seorang yang judgemental tidak akan menyebabkan saya dituduh prejudice sebab,in reality orang-orang di sekeliling akan sentiasa menilai apa yang dia lihat.Sama ada verbal atau tidak.Jadi,menilai orang lain demi untuk kebaikan diri sendiri bukanlah sesuatu yang prejudis.Malahan,saya rasa saya begitu jauh dari sempurna.I am too far away from being a perfect.Being an optimist judgemenatalist makes me appreciate what is imperfect inside me.And when I knew there is something not perfect about myself and I try to live with it,that is and idle perfect.
Terima Kasih kawan-kawan semua :D