seperti pohon kering yang tidak berdaun,
seperti itu jugalah tandusnya hati ini,
mencari kedamaian diri,
yang hilang ditelan gerhana,
kerana padaku,damai itu ada pada senyummu.
sungai itu hampir kering airnya,
yang masih tidak mahu mengalir,
pecahkan saja empangan kepiluan itu,
agar sungai itu mampu mengalir,
dan pohon kering kembali menghijau.
angin bisikkan aku rindu semalam,
pada hangat dakapanmu,
bukan sengaja meragui bayumu,
aku cuma keliru pada desirmu.
ribut yang melanda hampir saja memusnahkan aku,
meniup kencang tubuhku jauh,
terdampar pada sudut dunia yang tidak pasti,
dan kehilangan pedoman diri.
wilayah ini walau jauh,sudah cukup menggembirakan aku,
kerana ia memberikan aku sejuta senyuman,
walaupun epiog cerita ini tidak sama,
aku masih lagi pelakon yang serupa.
sajak ini merupakan ilham daripada thePatung,Remedy,Organic ,AlifBaTa and I dalam perjalanan ke Sungai Lembing.