mari memaknakan masa-masa muda


Comment vas-tu?

Takrifan kebertanggungjawaban terlalu umum.Setiap orang memiliki konotasi yang berbeza tentang frasa ini.Untuk kebanyakan waktu,maksud tanggungjawab sering dikaitkan dengan hal-hal yang lebih besar.Hal yang lebih berbentuk tugasan yang memiliki nilai yang lebih besar secara kuantitinya mahupun tugasan yang memberikan impak yang dahsyat jika diabaikan.

Namun seringkali saya terlepas pandang untuk memaknakan nilai tanggungjawab ke dalam diri sendiri.Dan,semester ini saya telah belajar sesuatu yang begitu bermakna bagi saya.Bukan tentang ilmu-ilmu teknikal yang diperoleh lewat kuliah ataupun tutorial.Tetapi,rasa bertanggungjawab untuk diri sendiri.

Ahli bijak pandai mengatakan bahawa apabila tabiat sering diulangi berkali-kali,lama kelamaan ia akan menjadi habitual.Habitual ini yang menjadi kelaziman sehari-harian.Bayangkanlah jika bangun lewat pada waktu pagi menjadi habitual?You're dead,man.Inilah secara tepatnya hal yang telah berlaku ke atas diri saya.Semasa menuntut di sekolah menengah, bangun awal adalah menjadi kebiasaan sebab sudah menjadi rutin harian (tidak ada pilihan pun). Dan di peringkat tertiary ini, segala-galanya adalah bergantung kepada diri sendiri. Boleh saya katakan,kebebasan melakukan sesuatu di peringkat ini adalah milik mutlak diri saya sendiri.Dan saya memilih untuk tidak menghadiri kelas.Bermula daripada tidak datang sekali dalam sebulan kemudian beberapa kali hinggakan satu detik saya tidak datang ke kelas langsung selama beberapa minggu.

Nilai tanggungjawab terhadap diri sendiri masih lagi kabur sekarang memandangkan saya dan anda juga adalah masih di dalam lingkungan remaja.Namun,bila sampai di satu tahap nanti,percayalah anda akan merasa sangat terkejut dengan apa yang telah anda sendiri buat.Saya sampaikan tidak percaya yang ini adalah diri saya sekarang.Bukan seorang pelajar yang bright pun.Tidak mengapa,saya masih lagi belajar.

Inilah pelajaran yang amat berguna yang pernah saya pelajari sendiri.Saya rasa sendiri dan saya alami sendiri.Begitu senang rasanya untuk berkongsi dengan anda kerana anda patut merasakan rasa tanggungjawab ini sebelum terlambat.

Tidak dinafikan, noktah pelajaran boleh berakhir di sini.Boleh juga di satu masa lain.Namun,yang paling penting ialah pelajaran yang saya dapat.

Begitu juga pada hari ini saya telah mempelajari akan tindakan-tindakan manusia dalam hal memberi keutamaan dalam menguruskan task-task tertentu baik dalam organisasi mahupun kehidupan seharian.Saya belajar tentang teori Maslow.Teori Maslow mengatakan bahawa tindakan manusia adalah mengikut keperluan dan keutamaannya.Di samping berkongsi maklumat tentang teori ini kepada kawan-kawan,saya turut mempelajari sesuatu hal baru.

Kerakusan kita untuk memprlengkapkan diri dengan segala macam ilmu teknikal demi memenuhi kehendak pasaran dan industri telah memungkinkan kita kadangkala kekurangan ilmu-ilmu dari segi kemanusiaan(manusiawi).Masih belum terlambat untuk memungut kembali ilmu-ilmu ini kerana hidup kita ini juga adalah seolah-olah latihan yang kita buat sehari-harian.Nikmatilah setiap detik yang ada.Baik,buruk atau bagaimana sekalipun hari yang ada..teruskanlah.Pelajaran tentang hidup selalunya tidak berkaitan tentang formaliti tetapi tentang bagaimana menghayati hidup kamu sendiri.


I have learn so much today.How's your?