Buat Diri.


Dalam hidup
seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan.
Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,
akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan
terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Guru

Kalau mahu menjadi guru.
Ajarlah diri sendiri dulu.
Dan ajarlah dengan tingkah laku bukan kata-kata.

Kerana mereka
lebih berhak atas penghormatan dan kemuliaan.
daripada orang yang tahu mengajar orang lain.
dan memperbetulkan perbuatan-perbuatan orang lain.