Tersirat.

Kadang-kadang,saya rasa begitu letih untuk berjalan di atas jalan kehidupan sendiri.Saya rasa teringin untuk berlari.Tetapi,kudrat sudah terlalu lemah kerana banyak digunakan untuk berjalan dan berhenti melihat tapak-tapak kaki yang telah ditinggalkan.Dan kebanyakkan tapak kaki itu meninggalkan kesan yang begitu dalam di atas jalan kehidupan sehinggakan saya bukan sahaja takut,malahan gentar untuk melangkah lagi.

Sekarang keinginan untuk berjalan masih menyala.Walaupun samar-samar.Dahulu saya ada tongkat yang menyuruh saya untuk berdiri teguh walaupun terasa letih.Dahulu tongkat sentiasa ada bersama walau dalam panas atau hujan.Itu dulu.Masih di zaman PMR.Sekarang tongkat sudah hilang.Janggal rasanya berjalan tanpa tongkat waktu itu.Tapi hakikatnya,saya kena terus berjalan.Perjalanan masih terlalu jauh untuk berhenti.Walau tanpa tongkat.Hanya masa yang merakamkan semua keringat-keringat saya sehinggakan saya mampu untuk berjalan tanpa tongkat pun.Bukan tidak ada tongkat yang saya jumpa,tetapi,entah la.Belum bersedia menghadapi kehilangan tongkat untuk kali kedua.Saya masih mampu untuk bangun kala jatuh.Bukan.Saya sudah terbiasa bangkit sendiri kalau jatuh.

Dan orang selalu melihat jalan yang orang lain buat lebih elok daripada jalan yang dia sendiri pave-kan.Apa boleh buat, grass always look greener on the other side.Tapi, saya yakin, seburuk mana pun jalan ini,walau bagaimana pun jalan ini dilihat oleh orang,saya tidak kisah.Kerana jalan ini adalah hasil daripada keputusan-keputusan yang saya buat sendiri.Kecil atau besar.Every decision I made leads me to who am I becoming now.

Jangan takut.Jangan pernah takut untuk melakukan nya.Berikan sahaja keputusan.Kerana jika keputusan itu bukan seperti yang diinginkan,belajarlah untuk lebih berhati-hati.Jika ada jiwa yang terluka kerana keputusan kita,belajarlah untuk tidak melukai dia lagi.

there is always why in everything.Discover them for your own good.not for bad.